SMK Seri Mulia mula dibuka pada 1 November tahun 2002. Hanya seorang guru di tempatkan iaitu Pn. Sabariah binti Mustanuddin selaku “care taker” bagi memulakan operasi sekolah. Disember 2002 - seramai 12 orang guru dan seorang kakitangan pejabat di hantar bagi memulakan sesi persekolahan 2003.
SMK Seri Mulia memulakan operasinya dengan membuka 8 kelas Tingkatan 1, 4 Kelas Tingkatan 2 dan 3 Kelas Tingkatan 4. Bilangan pelajar pada masa itu ialah 507 orang. Bilangan guru pada tahun tersebut pula ialah 34 orang dan bertambah kepada 47 orang pada tahun 2004. Bilangan pelajar juga telah bertambah kepada 712 orang sehingga Jun 2004. Sebagai Sekolah Baru SMK Seri Mulia dikategorikan sebagai sekolah Gred B.
Sekolah ini menerima Pengetua yang pertama pada bulan Februari 2003 iaitu
En. Nor Paizin bin Ibrahim. Pada bulan Oktober 2003, En. Nor Paizin bin Ibrahim kemudiannya dilantik sebagai Pengetua Sekolah Menengah Sains Ulu Yam dan tempat beliau digantikan oleh Pn. Sity Rohane binti Dewa pada bulan Januari 2004. Seterusnya pada bulan Mac 2007 pula Pn. Sity Rohane telah dilantik sebagai Pengetua di SMK Dato’ Onn dan tempat beliau telah digantikan oleh Pn Esaah Bt Ismail. Pada 1 Januari 2010 Pn Esaah pula bertukar ke SMK Alam Damai. Tempat beliau digantikan pula dengan pengetua sekarang iaitu Pn Normadiah Bt Abdullah.